Saturday, 5 December 2015

Filled Under:

Misteri Sebenar Tasik Chini Yang Tidak Pernah Anda Ketahui


# Didalam buku “Juara Yang Tewas” tulisan Dato Aripin Said ada menyebut tentang cerita rakyat tempatan berkenaan Tasik Chini... Sebuah pengkisahan yang pada saya begitu menangkap ruang ketakutan sebagai seorang pembaca & sangat-sangat menarik pembawaan ceritanya... Buku ini juga sedikit sebanyak telah memberi peluang & pengetahuan kepada pembaca tentang keadaan tasik tersebut serta sosio-budaya penduduk tempatan... Pada saya sebagai orang bukan anak jati negeri Pahang saya menganggap kisah “Naga Tasik Chini” adalah sebuah lagenda & kisah yang tak

#terungkap sehingga kini, biarpun pada hari ini ia dianggap sebagai sebuah cerita lagenda rakyat tempatan namun ia tetap sebuah etmologi yang tidak harus dipan&g sepi... Buku yang diterbitkan pada tahun 1983 dibawah Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) itu mungkin tidak diketahui umum pada zaman tersebut meman&gkan tajuknya lansung tidak menggambarkan isi kandungannya... Namun bagi dunia “perbukuan” buku ini adalah salah satu koleksi yang masih lagi menjadi buruan yang panas... Setiap orang ingin memilikinya & sudah pasti ia akan menjadi suatu rahmat kepada penggemar buku sekiranya buku ini diterbitkan semula... Saya sebagai seorang pembaca & pengumpul buku-buku genre sebegini tersangat berharap sekiranya ia dapat diterbitkan semula pada satu hari nanti...



#Didalam buku tersebut diceritakan akan kisah 2 lelaki yang se&g bertapa & ilmu yang diamalkan oleh mereka itu ialah bertukar menjadi seekor naga! Pertapaan selama ratusan tahun itu akan berakhir setelah sisik naga bertukar menjadi keemasan... 2 ekor naga tersebut dinamakan Sri Pahang & Sri Gumum... 2 ekor naga tersebut bertapa didalam tasik tersebut & semua hidupan di tasik tersebut menghormati mereka, sehinggakan ada perjanjian diantara manusia & hidupan tasik tersebut agar

#tidak saling merosakkan diantara satu sama lain... Maka semua makhluk disitu hidup aman damai tanpa sebarang masalah... Dipendekkan cerita akhirnya Sri Pahang keluar menentang Sri Kemboja kerana pada waktu itu Sri Kemboja telah menggangu keamanan negeri Pahang... Pergelutan diantara mereka memakan masa berbulan-bulan sepanjang Laut China Selatan hinggalah ke Teluk Siam... Lautan yang bergelora & ombak yang begitu kuat menyebabkan para nelayan disepanjang laut China Selatan tidak dapat turun ke laut... Berkat ilmu & kesabaran Sri Pahang, Sri Kemboja hampir berjaya ditewaskan & mendapat luka yang sangat teruk... Sri Kemboja terpaksa menyelamatkan dirinya dgn bersembunyi dicelah-celah gua didalam laut... Sekiranya ia cuba keluar dari lubang tersebut, dgn pantas Sri Pahang memukulnya... 

#Akhirnya Sri Kemboja mendapat akal & telah menggunakan telepati dgn memasuki kedalam mimpi Raja Siam... Didalam mimpi itu tersebut ia memberitahu tahu bahawa dirinya didalam kesusahan & meminta agar Raja Siam menyiapkan sejumlah meriam di tepi pantai... Sekirnya ternampak seekor naga yang bewarna perak maka tembaklah ia dgn meriam tersebut kerana itulah Sri Pahang...Maka pada hari yang dijanjikan maka kelihatanlah 2 ekor naga se&g bertarung... Maka ditembaklah Sri Pahang sehingga parah lah ia... Akhirnya akibat dari luka yang teruk itu Sri Pahang pulang ke negeri Pahang dalam keadaan nazak & menghembuskan nafasnya yang terkahir di Pekan, Pahang setelah ia bertukar menjadi seorang manusia...

#Pada saya nukilan ringkas ini bermaksud  Pahang mungkin pernah menentang pentadbiran wakil Siam iaitu Maharaja Dewa Sura & ingin mentadbir negerinya dgn bebas namun mereka dikalahkan setelah Maharaja Dewa Sura memohon bantuan dari Kerajaan  Ayutthaya & akhirnya Pahang dikalahkan... Jika ditelusuri sejarah tasik Chini beberapa pendapat telah diutarakan seperti terdapatnya sebuah runtuhan kota & terdapat juga kisah bahawa seorang tentera Australia yang menyelam kedalam tasik tersebut menemui kota tersebut... Namun ketiadaan usaha utk membuat ekskavasi di kawasan tersbut menyebabkan ia terus kekal misteri hingga hari ini... Kebiasaannya orang-orang dahulu lebih suka menggunakan perlambangan bagi menerangkan sesuatu perkara agar tidak diketahui oleh pemerintah... 



#Suatu masa dahulu kisah Naga Tasik Chini pernah diangkat sebagai sebuah filem pada era 60an & masih kekal sebagai sebuah filem klasik yang tiada tolok bandingnya... Walaupun dgn ketiadaan teknologi canggih pada waktu itu, produksi perfileman & para pelakonnya berjaya menggangkat genre sejarah ini ke satu martabat yang cukup tinggi... Saya & saya pasti sekalian dari kita amat-amat berharap agar suatu masa nanti kisah-kisah sebegini akan muncul didalam panggung tempatan...

#Atas dasar minat & ingin tahu maka sebulan yang lalu saya sendiri pergi meninjau & mencari kawasan-kawasan yang dimaksudkan serta dapat menemubual beberapa penduduk tempatan... Alhamdulillah kawasan tersebut ialah sepanjang jalan Kg Permatang Pasir hingga ke Tanjung Agas, Pekan Pahang... Menurut penduduk tempatan keadaan kawasan tersebut telah banyak berubah & ramai diantara mereka yang tahu akan kisah tersebut sudah meninggal dunia... Ada pula yang mengatakan hanya yang bernasib baik saja yang akan menemui makam tersebut... Sepanjang jalan memacu kenderaan sambil melihat keadaan sekitar saya merasakan kawasan tersebut masih tidak banyak berubah & amat jauh dari pembanggunan... Di penhujung kawasan tersebut saya sampai di Tangjung Agas, sebuah kuala sungai yang indah namun masih terdapat kesan-kesan akibat banjir yang lalu... Menurut cerita lisan penduduk disitu kawasan tersebut tidak meriah dgn para pengunjung kerana perubahan-perubahan alam yang telah berlaku... Tiada lagi perkelahan & pengutip kupang datang ke kawasan tersebut... Maka hilanglah Tanjung Agas sebagai sebuah cebisan sejarah suatu masa dahulu... Hilang bersama misteri makamnya Naga Sri Pahang sebagai sebuah hikayat tempatan...


#Manakala di Tasik Chini pula, kawan saya yang berkesempatan kesana memberitahu sudah begitu banyak perubahan yang berlaku seiring dgn dasar kerajaan yang ingin memajukan kawasan

#Sebuah jeti di kawasan tasik... Ihsan dari teman saya, Saudara Fareq Rizal
tersebut... Kini kawasan Chini telah dijadikan sebagai sebuah kawasan FELDA & secara tidak lansung kawasan tasik chini telah dibangunkan dgn kewuju&  sebuah tempat peranginan yang sedikit sebanyak telah membantu ekonomi penduduk tempatan... Namun disebalik semua itu kepesatan utk memajukan kawasan tersebut, proses pembangunan yang dijalankan adalah tidak terkawal telah merosakkan keindahan kawasan tersebut... Kami sebagai pencinta sejarah & sebagai orang luar sangat berharap agar kawasan Chini ini dikekalkan sebagai sebuah tempat bersejarah & dijadikan warisan utk generasi akan datang... Harapan saya tidak terkuburlah semangat Sri Pahang yang ingin membebaskan Pahang & tidak terhentilah semangat Sri Gumum bersabar dalam pertapaannya demi membalas dendam terhadap kematian Sri Pahang... Bukan bermaksud dendam kesumat tetapi kesabaran dalam memelihara warisan bangsa itulah yang patut digenggam agar anak bangsa tidak buta akan sejarahnya sendiri & tidak menjadi sesumpah apabila melihat sejarah bangsa lain lebih bagus dari bangsa sendiri... Berdirilah diatas kaki sendiri wahai anak bangsaku... Moga-moga terbalaslah segala bakti moyangmu demi mu!




0 comments:

Post a Comment