Monday, 7 December 2015

"Rezeki saya terus membuak di Gegar Vaganza"


#Minggu ini adalah minggu akhir Gegar Vaganza 2... Berdebar-debar rasanya mahu melihat persembahan 6 peserta di pentas akhir iaitu Siti Nordiana,,, Haiza,,, Ezad Lazim,,, Acong,,, Faradhiya & Nassier Wahab... Masing-masing mempunyai aura yang tersendiri... Namun berdasarkan persembahan semasa,,, nampak gayannya peluang utk Siti Nordiana merangkul gelaran juara adalah lebih tinggi...

#Minggu lalu Siti Nordiana sekali lagi mendapat tempat pertama dgn lagu “Mengapa” nyanyiannya... Tidak dinafikan bulu roma Abang Nara menegak apabila mendengar nyanyian Nana... Powerful sungguh... Jika mutu persembahan yang sama ditunjukkan,,, pasti dgn mudahnya gelaran juara akan menjadi milik Nana... Tapi jangan pula over confidence... Teruskan berusaha & berlatih seperti biasa...


#Apa pun,,, akaun Instagram @sitinordiana menunjukkan penambahan pengikut lebih daripada 100 ribu selepas penglibatannya di dalam Gegar Vaganza 2... Mula-mula dulu cuma 100 ribu pengikut... Tadi Abang Nara check,,, dah 230 ribu dah... Hebat... Kata Nana:-
Jika dahulu follower Nana lebih kurang 100 ribu sahaja tetapi selepas GV,,, follower sudah meningkat sehingga lebih 200 ribu... Alhamdulilah,,, syukur...



#& jumlah yang like pun dah bertambah... Dulu nak dapat like 500 pun susah... Sekarang alhamdulilah,,, pos apa-apa pun like ribu-ribu... Terima kasih sangat kepada peminat yang sokong Nana...
Nana gembira sangat... Segala pengorbanan utk GV,,, ulang alik dari Seremban,,, ambil kelas vokal & sebagainya akhirnya berbaloi...

#InsyaAllah,,, selepas ini Nana akan terus berkarya demi peminat...

#Diharap selepas tamatnya Gegar Vaganza 2,,, Siti Nordiana akan terus aktif menyanyi utk melepaskan kerinduan para peminatnya... Good luck and all the best utk final GV2... Lagi beberapa gambar Siti Nordiana dgn membaca artikel ini sepenuhnya...


Sunday, 6 December 2015

Program Mengingati Arwah Pak Yus Di Astro Dikecam


#Pemergian Allahyarham Yus Jambu ataupun Pak Yus minggu lepas agak mengejutkan,,, ramai yang menitiskan air mata & mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat... Siapa sangka  meskipun beliau tidak mempunyai kehidupan yang agak mewah,,, Pak Yus sebenarnya terlalu banyak membuat amal jariah sepanjang hidupnya...

#Masih lagi terlibat dgn program Juara Parodi yang masih lagi berlangsung,,, penerbit rancangan tersebut iaitu Afdlin Shauki telah menganjurkan  program Juara Parodi Khas Kenang Allahyarham Yus Jambu pada hari Jumaat lepas...



#Namun,,, tidak semua yang senang dgn program tersebut & ia turut mendapat perhatian penyanyi Aishah yang berpendapat program itu tidak memberikan sebarang maanfaat kerana ia adalah amalan agama lain...
Menjawab kritikan negatif daripada masyarakat,,, Afdlin tidak mahu ambil pusing akan tanggapan tersebut...

#Saya tidak kisah apa yang orang luar mahu cakap tentang program ini,,, bagi saya ia adalah ruang utk kami yang sudah dianggap seperti keluarga utk meluahkan segala perasaan sedih... Kalau orang luar fikir perkara negatif tentang program ini,,, itu hak mereka & sila tutup televisyen atau tonton siaran lain...
Tambah Afdlin,,, setiap peserta dalam program Juara Parodi ibarat keluarga yang cukup rapat dgn Pak Yus & inilah masa utk setiap pelawak meluahkan isi hati mereka tentang arwah...



#Malah,,,jika pertandingan Juara Parodi diteruskan sekalipun,,, belum tentu peserta yang menyertainya mampu melakukan persembahan kerana masih lagi bersedih kehilangannya...
Inilah tempat utk luahkan apa yang kami rasa & kita tak mahu orang fikir kita tiada perasaan kepada arwah selepas kita kembali bekerja... Saya yakin jika tiada tempat utk luahkan tempoh kesedihanakan lebih panjang...
Secara jujurnya sejak mendapat berita kehilangan Yus,,, saya sendiri hingga sekarang tidak mampu utk tersenyum biarpun ada peminat ajak bergambar...

#Pak Yus menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang pada 30 November lepas sekitar jam 12...30 pagi kerana serangan jantung... Jenazah kemudian dikebumikan  di Tanah Perkuburan Islam,,, Kampung Nesam,,, Batu Pahat,,, Kangar,,, Perlis...


Saturday, 5 December 2015

"Saya Belum Bersedia Lagi"


#Siapa sangka dalam muatnaik gambar di akaun Instagram miliknya yang penuh dgn rasa bahagia & bersyukur, Fasha Sandha khabarnya telah pergi pejabat agama baru-baru ini... Pelakon itu bagaimanapun menjelaskan dia belum bersedia utk memberikan sebarang keterangan kepada media berkenaan apa yang dilaluinya kini...

#“Maaf, saya belum bersedia memberikan apa-apa komen... Terima kasih,” itulah antara kata-kata Fasha apabila dihubungi oleh pihak Harian Metro... Ini kerana wujud dakwaan bahawa rumah tangganya bersama Jejai kini goyah...

#Dua hari lalu, Fasha turut memuat naik status berbunyi, “Allah Maha Besar, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya & anak-anak utk mengharungi segala-galanya... Amin!” di Instagram, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa perkahwinannya kini mengalami masalah...


#Kita hanya mampu melihat permukaan yang manis tapi suka duka cerita sebenar Fasha, hanya empunya diri yang tahu... Semoga apa yang dialami oleh mereka dapat diselesaikand dgn cara baik...


Tunku Laksmana Johor Tunku Abdul Jalil Mangkat



#JOHOR BAHARU: Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat pada pukul 7...11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah di sini akibat kanser... 

#Almarhum merupakan anakanda keempat dari enam adik beradik putera Sultan Ibrahim & Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris... 

#yg Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli yg mengumumkan mengenai berita kemangkatan itu berkata jenazah Almarhum akan diiring ke Istana Besar malam ini & ditempatkan di Bilik Khas Istana Besar... 

#"Istiadat siram jenazah & kafan akan dilakukan kira-kira 7 pagi esok (Ahad) & seterusnya jenazah Almarhum akan disemayam di Bilik Singgahsana Istana Besar," kata beliau dalam si&g akhbar di Bukit Timbalan di sini, Sabtu...

#Abdul Rahim berkata penghormatan utk orang kenamaan pula akan bermula pada pukul 11...30 pagi hingga 12...30 tengah hari, sebelum jenazah disembahygkan & dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah di sini selepas waktu Zohor esok (Ahad)...

#Beliau berkata jenazah Almarhum akan dibawa menggunakan pedati yg akan ditarik oleh Askar Timbalan Setia Johor melalui Jalan Istana Besar terus ke makam tersebut sepanjang tiga kilometer...

#Turut mengiringi jenazah ialah Sultan Ibrahim serta anakanda-anakan&ya yg lain, kata beliau...

#Abdul Rahim berkata Almarhum akan disemadikan di sebelah kanan makam nen&ya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yg mangkat pada 22 Januari 2010, atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini...

#Diputerakan pada 5 Julai 1990, Almarhum disahkan menghidapi kanser hati tahap empat sejak Disember tahun lepas & pernah menjalani pemindahan hati di sebuah hospital pakar di Guangzhou, China sebelum ini...-Bernama



Misteri Sebenar Tasik Chini Yang Tidak Pernah Anda Ketahui


# Didalam buku “Juara Yang Tewas” tulisan Dato Aripin Said ada menyebut tentang cerita rakyat tempatan berkenaan Tasik Chini... Sebuah pengkisahan yang pada saya begitu menangkap ruang ketakutan sebagai seorang pembaca & sangat-sangat menarik pembawaan ceritanya... Buku ini juga sedikit sebanyak telah memberi peluang & pengetahuan kepada pembaca tentang keadaan tasik tersebut serta sosio-budaya penduduk tempatan... Pada saya sebagai orang bukan anak jati negeri Pahang saya menganggap kisah “Naga Tasik Chini” adalah sebuah lagenda & kisah yang tak

#terungkap sehingga kini, biarpun pada hari ini ia dianggap sebagai sebuah cerita lagenda rakyat tempatan namun ia tetap sebuah etmologi yang tidak harus dipan&g sepi... Buku yang diterbitkan pada tahun 1983 dibawah Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) itu mungkin tidak diketahui umum pada zaman tersebut meman&gkan tajuknya lansung tidak menggambarkan isi kandungannya... Namun bagi dunia “perbukuan” buku ini adalah salah satu koleksi yang masih lagi menjadi buruan yang panas... Setiap orang ingin memilikinya & sudah pasti ia akan menjadi suatu rahmat kepada penggemar buku sekiranya buku ini diterbitkan semula... Saya sebagai seorang pembaca & pengumpul buku-buku genre sebegini tersangat berharap sekiranya ia dapat diterbitkan semula pada satu hari nanti...



#Didalam buku tersebut diceritakan akan kisah 2 lelaki yang se&g bertapa & ilmu yang diamalkan oleh mereka itu ialah bertukar menjadi seekor naga! Pertapaan selama ratusan tahun itu akan berakhir setelah sisik naga bertukar menjadi keemasan... 2 ekor naga tersebut dinamakan Sri Pahang & Sri Gumum... 2 ekor naga tersebut bertapa didalam tasik tersebut & semua hidupan di tasik tersebut menghormati mereka, sehinggakan ada perjanjian diantara manusia & hidupan tasik tersebut agar

#tidak saling merosakkan diantara satu sama lain... Maka semua makhluk disitu hidup aman damai tanpa sebarang masalah... Dipendekkan cerita akhirnya Sri Pahang keluar menentang Sri Kemboja kerana pada waktu itu Sri Kemboja telah menggangu keamanan negeri Pahang... Pergelutan diantara mereka memakan masa berbulan-bulan sepanjang Laut China Selatan hinggalah ke Teluk Siam... Lautan yang bergelora & ombak yang begitu kuat menyebabkan para nelayan disepanjang laut China Selatan tidak dapat turun ke laut... Berkat ilmu & kesabaran Sri Pahang, Sri Kemboja hampir berjaya ditewaskan & mendapat luka yang sangat teruk... Sri Kemboja terpaksa menyelamatkan dirinya dgn bersembunyi dicelah-celah gua didalam laut... Sekiranya ia cuba keluar dari lubang tersebut, dgn pantas Sri Pahang memukulnya... 

#Akhirnya Sri Kemboja mendapat akal & telah menggunakan telepati dgn memasuki kedalam mimpi Raja Siam... Didalam mimpi itu tersebut ia memberitahu tahu bahawa dirinya didalam kesusahan & meminta agar Raja Siam menyiapkan sejumlah meriam di tepi pantai... Sekirnya ternampak seekor naga yang bewarna perak maka tembaklah ia dgn meriam tersebut kerana itulah Sri Pahang...Maka pada hari yang dijanjikan maka kelihatanlah 2 ekor naga se&g bertarung... Maka ditembaklah Sri Pahang sehingga parah lah ia... Akhirnya akibat dari luka yang teruk itu Sri Pahang pulang ke negeri Pahang dalam keadaan nazak & menghembuskan nafasnya yang terkahir di Pekan, Pahang setelah ia bertukar menjadi seorang manusia...

#Pada saya nukilan ringkas ini bermaksud  Pahang mungkin pernah menentang pentadbiran wakil Siam iaitu Maharaja Dewa Sura & ingin mentadbir negerinya dgn bebas namun mereka dikalahkan setelah Maharaja Dewa Sura memohon bantuan dari Kerajaan  Ayutthaya & akhirnya Pahang dikalahkan... Jika ditelusuri sejarah tasik Chini beberapa pendapat telah diutarakan seperti terdapatnya sebuah runtuhan kota & terdapat juga kisah bahawa seorang tentera Australia yang menyelam kedalam tasik tersebut menemui kota tersebut... Namun ketiadaan usaha utk membuat ekskavasi di kawasan tersbut menyebabkan ia terus kekal misteri hingga hari ini... Kebiasaannya orang-orang dahulu lebih suka menggunakan perlambangan bagi menerangkan sesuatu perkara agar tidak diketahui oleh pemerintah... 



#Suatu masa dahulu kisah Naga Tasik Chini pernah diangkat sebagai sebuah filem pada era 60an & masih kekal sebagai sebuah filem klasik yang tiada tolok bandingnya... Walaupun dgn ketiadaan teknologi canggih pada waktu itu, produksi perfileman & para pelakonnya berjaya menggangkat genre sejarah ini ke satu martabat yang cukup tinggi... Saya & saya pasti sekalian dari kita amat-amat berharap agar suatu masa nanti kisah-kisah sebegini akan muncul didalam panggung tempatan...

#Atas dasar minat & ingin tahu maka sebulan yang lalu saya sendiri pergi meninjau & mencari kawasan-kawasan yang dimaksudkan serta dapat menemubual beberapa penduduk tempatan... Alhamdulillah kawasan tersebut ialah sepanjang jalan Kg Permatang Pasir hingga ke Tanjung Agas, Pekan Pahang... Menurut penduduk tempatan keadaan kawasan tersebut telah banyak berubah & ramai diantara mereka yang tahu akan kisah tersebut sudah meninggal dunia... Ada pula yang mengatakan hanya yang bernasib baik saja yang akan menemui makam tersebut... Sepanjang jalan memacu kenderaan sambil melihat keadaan sekitar saya merasakan kawasan tersebut masih tidak banyak berubah & amat jauh dari pembanggunan... Di penhujung kawasan tersebut saya sampai di Tangjung Agas, sebuah kuala sungai yang indah namun masih terdapat kesan-kesan akibat banjir yang lalu... Menurut cerita lisan penduduk disitu kawasan tersebut tidak meriah dgn para pengunjung kerana perubahan-perubahan alam yang telah berlaku... Tiada lagi perkelahan & pengutip kupang datang ke kawasan tersebut... Maka hilanglah Tanjung Agas sebagai sebuah cebisan sejarah suatu masa dahulu... Hilang bersama misteri makamnya Naga Sri Pahang sebagai sebuah hikayat tempatan...


#Manakala di Tasik Chini pula, kawan saya yang berkesempatan kesana memberitahu sudah begitu banyak perubahan yang berlaku seiring dgn dasar kerajaan yang ingin memajukan kawasan

#Sebuah jeti di kawasan tasik... Ihsan dari teman saya, Saudara Fareq Rizal
tersebut... Kini kawasan Chini telah dijadikan sebagai sebuah kawasan FELDA & secara tidak lansung kawasan tasik chini telah dibangunkan dgn kewuju&  sebuah tempat peranginan yang sedikit sebanyak telah membantu ekonomi penduduk tempatan... Namun disebalik semua itu kepesatan utk memajukan kawasan tersebut, proses pembangunan yang dijalankan adalah tidak terkawal telah merosakkan keindahan kawasan tersebut... Kami sebagai pencinta sejarah & sebagai orang luar sangat berharap agar kawasan Chini ini dikekalkan sebagai sebuah tempat bersejarah & dijadikan warisan utk generasi akan datang... Harapan saya tidak terkuburlah semangat Sri Pahang yang ingin membebaskan Pahang & tidak terhentilah semangat Sri Gumum bersabar dalam pertapaannya demi membalas dendam terhadap kematian Sri Pahang... Bukan bermaksud dendam kesumat tetapi kesabaran dalam memelihara warisan bangsa itulah yang patut digenggam agar anak bangsa tidak buta akan sejarahnya sendiri & tidak menjadi sesumpah apabila melihat sejarah bangsa lain lebih bagus dari bangsa sendiri... Berdirilah diatas kaki sendiri wahai anak bangsaku... Moga-moga terbalaslah segala bakti moyangmu demi mu!


Friday, 4 December 2015

Fasha Dan Jejai Semakin Pudar ?


Betullah kata orang, dunia tak semestinya indah. Adakalanya memang nampak manis. tapi pahit siapa pula yang dapat lihat.

Begitulah apa yang kami terima maklumat dari pihak yang boleh dipercayai dimana Fasha Sandha dan Jejai seperti tidak mesra bersama seolah-olah ada yang tidak kena. Bukan menuduh, cuma sampaikan apa yang kami dengar dan bukannya ia omong kosong belaka.

Keretakan rumahtangga Fasha dan Jejai dapat dihidu apabila Nora Danish dan seseorang dari pihak keluarga Jejai (main cakap belakang) tentang Fasha dan mendatangkan pergaduhan antara pasangan tersebut.

Nora Danish juga telah mengeluarkan kenyataan di Instagramnya mengatakan tentang sedikit sebanyak mengenai hal itu dan telah disokong oleh Bosned.


Ianya semakin pelik apabila Fasha Sandha disahkan telah pergi ke Jabatan Agama baru-baru ni. Macam kebetulan kan? memang jelas nampak seperti ada yang tak kena. Seperti sesuatu akan berlaku. 

Kami dari pihak Cerita Sahih mengajak anda sama-sama kita doakan kebahagiaan rumah tangga mereka dan elakkanlah dari sebarang perkara yang buruk dari berlaku. Amiin



Dari Program Ceria Menjadi Air Mata




#SHAH ALAM: Rancangan khas Juara Parodi bagi mengenang pelawak Allahyarham Yus (Jambu) atau Yussry Edoo, 39, yg meninggal dunia pada 30 November lalu penuh emosi dan air mata...

#Rakan-rakan pelawak & artis berkongsi pengalaman manis yang masih kuat dalam ingatan mereka sambil diiringi nyanyian daripada peserta Juara Parodi...

#Rakan baiknya, pelawak Tauke atau  Zamatul Amri Zakaria, 39, mengakui minggu terakhir tema barang kenangan adalah merupakan salah satu tanda yg paling dekat sebelum pemergiannya...

#Tauke berkata, penyanyi Misha Omar yg juga merupakan ahli kumpulan Kobis Pedas yang turut disertai Yus sebelum ini menerima sebuah bingkai gambar yang seolah-olah menggambarkan pemergian Allahyarham...

#"Saya duduk di belakang pentas sejak awal tadi kerana tidak mahu orang lihat saya menangis... Kalau kawan-kawan perasan sepatutnya minggu ini tema Juara Parodi adalah minggu kenangan...

#"Ketika Misha Omar terambil barang kenangan yg juga prop berupa sebuah bingkai gambar," ujarnya...

#Datuk A.C Mizal (kiri) & Tauke sugul mengenangkan hubungan bersama Yus...

#Dalam pada itu, Tauke berkata, perkara yg masih ralat tidak sempat ditunaikan ialah melihat Allahyarham berkahwin...

#"Apa yang saya tidak sempat lakukan adalan untuk kahwinkan dia... Saya pernah memperkenalkan seorang wanita kepadanya, namun belum ada jodoh," ujarnya...

#Dalam pada itu, pelawak Azlee Senario dan Lan Pet Pet menganggap pertemuan semula mereka selepas sama-sama pernah menyertai pertandingan realiti program realiti Sinaran Paspot Kegemilangan pada tahun 2001...

#"Kami kenal ketika sama-sama dalam program realiti terbitan sebuah stesen televisyen dan kami sangat rapat, namun selepas itu kami terpisah...

#"Saya sentiasa berdoa agar dipertemukan semula dengannya dalam sebuah program dan Allah temukan kami dalam program Juara Parodi walaupun hanya tiga minggu sahaja kami bersama," ujar Azlee...


#Sementara itu, pelawak Lan Pet Pet berkata, pemergian Allahyarham merupakan kehilangan seorang sabahat yang banyak mendengar masalah dan menghabiskan masa bersama di kampung halaman mereka di Perlis...

#Dalam pada itu, pelawak Ajak Shiro menyifatkan arwah sahabat yang sentiasa merendah diri... Katanya, Allahyarham Yus juga sering bertanya khabar dan menciumnya dari belakang...


#Rakan-rakan pelawak yang juga peserta Juara Parodi...

#"Dia sering cium saya di pipi dan leher dari belakang semata-mata nak kenakan janggutnya di leher dan pipi saya...

#"Mula-mula memang saya mengelak kerana geli, tapi minggu lalu saya sengaja toleh tempat lain supaya dia cium saya dan tidak sangka itu kali terakhir," ujarnya...

#Pelakon Sabri Yunus turut mendedahkan keputusannya untuk berhenti melawak juga dipengaruhi oleh Allahyarham...

#Katanya, Allahyarham terlalu menghormatinya sehingga tidak mahu  mengadakan persembahan dan melawak dengannya di pentas...

#"Saya berhenti melawak kerana Yus terlalu menghormati saya hingga tidak mahu melawak dengan saya ketika kami sama-sama di pentas...

#"Apa yang kami bincangan semua perkara serius sahaja dan dia selalu menceritakan impian-impannya yang tidak kesampaian," ujarnya...

#Penerbit Eksekutif Vision Works yang juga juri tetap program berkenaan Afdlin Shauki berkata, kumpulan Kobis Pedas belum lagi membuat keputusan sama ada untuk meneruskan atau menarik diri dalam pertandingan tersebut...

#"Tauke dan Misha Omar masih belum membuat keputusan untuk teruskan atau tarik diri dari program ini...

#"Kami tidak menghalang apa juga keputusan mereka kerana saya faham mereka sukar untuk meneruskan kerana terlalu banyak kenangan dengan arwah," ujarnya...

#Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12...30 pagi pada 30 November lalu...

#Jenazah  dikebumikan  di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis...

#Juara Parodi turut dibintangi Zero, Mawi, Shuib, Mark Adam, Sam Bunkface,  Zoey, Shuk, Zahid, Zulin Aziz, Sherry Al-Hadad, Tomok, Rahim, Ajak, Datuk Hattan, Waris, Abam, Fad Bocey, Firman,  Azlee Senario, Lan Pet Pet, Black dan Achey...

#Program Juara Parodi bersiaran setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (Saluran132) dan Mustika HD (Saluran 134)...

Sumber: mStar